Followers

Friday, January 28, 2011

matahari dan bulan: the update

seiring perasaan aku yang tiba tiba mengidam.

aku sudah pun selesai menjalani sesi moongazing n stargazing n layan sejuk.

(dipetik dr fesbuk)

log sikit sebanyak. time accuracy adalah berdasarkan memori dan tekaan semata mata.
bes la sikit trekking bila jam dah tuka bateri ni. takde aa kena suluh headlamp tiap tiap kali nengok jam. kihkih

----------------------------

1026 roundabout. park and blah. laju laju. redah jalan lama. (psst asap dah keluar kat mulut)
resam dan lalang berleluasa. jalan tar sikit. pastu tar layer die dah worn out tinggal loose gravel je dah. tajam woh! bes la kasut getah layan. amek feel barefoot sikit. naik ok. bila menurun, rasa nak tambah insole kapas 5 inci je rasa. tapak kaki dah nipis sangat ni.

ada waterpoint sumwhere belah kiri. boleh dengar air mengalir. atas jalan pun ada air.

lepas tu nampak marking tape kuning kat depan, pandang tepi belah kiri, panjat sikit.
terus layan permatang.
kalau stret lagi jumpa pintu rimba cuma ada pacak lah sikit.

1130 port pacat, lepak sehingga 12 lebih. lalang dan resam dan air air meleleh tadi menjanjikan pacat yang sihat dan cergas. (apsal stoking boleh berasap tu tapaham lagi)

01++ simpang rimba. simpang antara permatang entrance dengan rimba entrance (pintu rimba)
masa balik turun ikut pintu rimba. eh x sampai 5 minit pun turun terus jumpa jalan tar!
cuma bes layan permatang aa mase mula mula.
bersedia untuk turun ke lurah V dan naik semula ke water point.

0204 last waterpoint. turun-isi air-naik dalam lima minit. tanda yang jelas seperti botol air dan tulisan A.I.R diperbuat daripada tali rafia.
teruskan perjalanan dan sesekali pemerangkakkan dan pendudukan.

0245 rock garden. lepak jap. bukak jajan. berat nih pikul. bulan memang nais je setting kat atas kepala. kelihatan juga gemerlapan genting dimalam hari.

lepas tu dah landai, naik skit turun skit lereng skit. naik skit naik naik skit naik skit. ah tido lu jap jum. pastu layan balik..

0330 beirut ah mana lagi. view KL jelas nyata, dengan bulan terang dan sedikit berawan, xyah lightsource lain dah kat luar.

(err kalau orang lain punya log dia sambung sehingga perjalanan balik sekali ke? ni bukan trans pun, lalu jalan sama je. more or less, sama je)

1140 start turun.

0200 tido jap. 230 jalan balik.

315 bersedia pulang ke dunia tamadun.
------------------------------------------

lesson learnt.

# cukup cukup lah tu bawak kemre naik gunung. wakaka! hasil takde hassle je lebih.

# kura kura a.k.a bag yg digunakan ialah bag yg sama bawak pegi keje, pegi kelas sume. pendekkata isi biasa ialah laptop la. tapi sesuai untuk trip seperti ini. barang personal tanpa ration kampeni. tak berat sangat pun load cukupla ngan sistem yg ada nak sapot.
daripada bawak bag besarpastu bising sebab kosong sangat.

# walaupun saya ada perangai x suka ripit. tapi yg ni exceptional. santai dan bes! time hujan sejuk pastu kabus tebal sangat. time clear cani la jadinye, stargazing pun boleh :D


meriah kat sini ramai orang.. tahniah semua!


sekian terima kasih.





:)

aku sangat!

nervous.

sekian terima kasih.


doakan kami bahagia selamat.

Friday, January 21, 2011

matahari dan bulan

kejadian siang dan malam bersilih ganti dengan cantik.
secantik matahari, dan secantik bulan yang menyinari siang dan malam.

semalam keluar berjalan jalan membeli dinner. sepulangnya dari gerai berger tepi simpang empat dekat surau, aku terlihat sebuah bulan buat bersinar jingga.

terus aku teringat disaat melayan sinaran bulan di air terjun lansir, bersebelahan Gunung Berembun di kawasan air Terjun Chemerung, Dungun satu ketika dulu.
lepak baring atas batu, desiran air yang mengalir, fuhh aku sampai sekarang rate kawasan tu number 1!

tak sia sia lah trip tu ialah comeback aku setelah bertahun tahun meninggalkan alam pergunungan!

tengok bulan dari puncak puncak macamtu tentu bes kan! kalau takde bulan pun bes jugak, layan stargazing. kalau berkabus takde star pun bes jugak, layan sejuk, lepastu main kad pulak tu. lepastu minum minum air makan makan biskut. esok bangun bangun pagi terus org hulur cawan berisi coffee suam belen semalam punya. pesen semua takde rasa bersalah walaupun takde sorang pun yang gosok gigi. rasa bersalah sepak sepak kawan sebelah masa tidur pun letak tepi.

cis nak cakap aku dah lama sangat duk rumah je ni bukan ape. saje je tajuk kasik bulan bintang bagai.

Wednesday, January 19, 2011

apsal semua ni terjadi

contohnya perangai kemas bilik.

katakan aku kemas bilik.
satu hari, semuanya cantik tersusun.
dua hari, cun semua pun teratur. cuma jacket tu dah start terlepek atas kotak tripod yg aku atur secara memanjang ditepi dinding. ala semalam keluar jap pegi beli burger dekat simpang tepi surau.
hujung minggu katakan aku keluar.
dua hari.
mestilah aku sibuk kemas bag malam sebelumnya, kan?
sebelum melangkah keluar dengan bag di bahu, aku tolaaakkkk barang barang rapat kedinding. supaya nampak banyak sikit permukaan lantai. baru nampak macam kemas sikit.
bila balik rumah balik. dengan plastik baju kotor sangat, baju dah pakai, baju belum pakai, dan segala isinya, aku keluarkan dari bag.
tidur dulu. letih ni!
katakan lepastu lama aku tak pergi bermusafir kemana mana.
aku kemas bilik lagi.
semuanya kemas teratur sehingga tiga hari menyusul pergi, bantal dah mula mendampigi laptop entah pasal apa ia rasa ia adalah sekeping bantal untuk armrest sekarang.
apa masalahnya sekarang kalau aku kemas bilik paling kerap pun 2 minggu sekali?


contohnya perangai basuh baju.

katakan aku ada baju sebanyak 10 pasang.
apa masalahnya kalau aku do the laundry sekali setiap 2 minggu?
katakan je la kan.
jadi sekarang sebenarnya berapa bilangan baju aku?
dan berapa kerap aku membuat proses pembersihan besar besaran?

dua dua contoh terbabit ialah perkara yang takkan pernah habis.
buat hari hari ke, buat sebulan sekali ke, same aje, kan?

payah kalau dah pesen punctual ni.
dulu dulu masa duk asrama dulu aku basuh baju sekolah tengahari sabtu.
ok aje malam dah boleh iron esok ahad steady aje assembly dekat Dewan Ibnu Khaldun tu!

Tuesday, January 18, 2011

ngankung!!

ada satu scene aku lambat rupanya pick up tapi better late than never tau tak!

yg part doktor lakonan azlee pegi tegur sapa dekat bobby adnan sempit the series tu. rupanya bila dia duk ulang ulang part 'ingat, tembak pada badannya, bukan pada ekornya' tu, dia nak tekan kan word 'ekor' tu sebab permainan judi sports toto main nombor tu, orang panggil nombor ekor! aku mana ingat macamtu panggilnya. yang aku tahu tu judi je, haha!

bukan lampi sangat cuma kali pertama menonton, tengah buat popia. mana nak amik kulitnya, cedok intinya susun bagi center panjang panjang tak banyak sangat tak sikit sangat lepas tu nak gulung lagi nak lipat lagi lepas tu nak kena selet putih telur pulak lekatkan hujung dia tu pulak nak goreng lagi pulak lepastu. semua tu aku buat dari awal cerita sampai akhir cerita. bukan aku buat sorang la ofkos, haha!

pastu aku repeat kali kedua the next day untuk separuh yang terkahir cerita baru aku paham tang tembak tembak azlee tuh.

jadi kepuasan tengok movie dekat cinema ialah mata ialah kekal dekat skrin. cuma tangan je yang kerja keras mana nak capai popcorn dekat kawan sebelah dan gelas coke dekat tepi saje. kalau nak kencing pun pakai tahan tahan macam tu je walaupun kawan disebelah menggoyangkan kerusi dan asyik hulur je air coke tuh suruh kita minum diluar kawalan! dari beli dekat atsro first untuk 2 hari macamtu, baik tunggu aje keluar tv bila raya menjelma aku rasa!

tips memikat perempuan overheard version!

baru lepas baca sini, blog kak kN
sangat sesuai dengan dirinya especially salah satu item tu, haha.. betuah encik boifrennye yang dapat discover the best way to get her kann :D



ouh saya juga ada dengar cerita dari seorang rakan lelaki saya. masa tu dia sedang mencurahkan tips tersebut untuk seorang rakan kami yang lain yang lebih junior.



# wait for the signals.
its some kind of body language. seseorang tends to exhibit signs tersebut bila ade even just a bit of interest dekat seseorang yang lain. kalau perempuan tu usik usik rambut, usik usik tudung, kemungkinan dia sedang nervous and trying to look the best sekarang. perkara ini ialah natural dan kalau dibuat buat pun boleh. macam mana nak differentiate? go figure! sekarang, u have found the right girl dan potensi untuk cinta berbalas nanti adalah lebih cerah!

# get to know her
just act like another friend getting to know each other. jangan rakus sangat nanti the girl akan freak out.

# show some interest in her
life, friends, hobbies and anything. go through her old photos and ask things about it. berhati hati untuk tidak membuatkan the girl freak out ataupun bosan macam sedang di soal siasat.

# entertain her
bila dia menjerit lapar sahaja, maka anda sudah bersedia untuk keluar makan bersama. walaupun at odd hours. dan nanti kalau dia mengada nak tengok cerita dekat tv sampai habis juga dekat kedai makan nanti, layan saje walaupun dah ngantuk hoi taknak tidur ke?

# have more of you in her life.
dah tahu dia suka buat apa ataupun rutin dia, try to be in. apa apa yang anda plan, try to include her in. that way akan menjadikan anda lebih rapat tanpa being too obvious!








dan gadis gadis diluar sana, bila kejadian ini berlaku dalam hidup anda, sedarilah bahawa lelaki itu sedang berniat untuk mengusha anda.

 jangan sampai nak kena cerita macam ni baru anda realize apa sebenarnya yang berlaku for the past few months already :)

Thursday, January 13, 2011

alamak laptop rosak!

baiklah kawan kawan, berjumpa lagi kita di episod kali ini.
saya akan menampilkan kisah sejak 2-3 hari lepas.

mula mula saya on lappy saya, before tiba di login screen tu, keluar sekeping dialog box. ada error and running on low graphics mode.

tadehal lah. kan dah selalu jadi macam tu.

bila time nak login masukkan password, takboleh nak type in. keyboard not functioning. godek godek, ade la terjumpa on screen keyboard.

dah login semua, login tune tu tidak kedengaran. icon volume tu juga jadi greyed out (inactive)
huduh pekak dan bisu.

sebelum semua ni terjadi, kilat berdentam dentum, guruh bergeruhan di dada langit. saya force shutdown. lupa bahawa saya sedang upgrade package tadi. mungkin dah siap dowload, tengah installing kot.

dengan keadaan tiada functioning keyboard, akhirnya saya terjumpa sekeping on screen keyboard (macam tak penah guna tapi its there) kemudian saya nak lengkapkan process upgrade yang tergendala tadi, bukak je update manager, password box tu jadi On Top, key board dekat background. macam mana  nak type?

and then keyboard tu hanya jadi On Top bila dengan chromium sahaja. means nak type dalam terminal pun tak.boleh.

masa tu dah keluarkan DVD nak buat live media. tapi burner pulak buat hal. cari liveCD lama tak jumpa. sambung kehidupan macam tu hari hari seterusnya.

cuba login guna root di login screen. mana ada root wey! selama ni main sudo sudo aje! sudo kat login screen pun xleh. recovery mode x leh masuk, earlier kernel pun sama je condition nye. fuhhhh. habiskan Chuck season 4 dalam keadaan macamtu? ada subs takpela! haha

lepas tu cuba lagi fix keadaan. nak type dalam terminal kena copy paste from chromium. type dekat update status punye field dulu.
lepas tu tak boleh nak ENTER pulak!
ok type dan enter kemudian baru copypaste.

AWAS! perlu diingat, nak ubah system ni kena jadi super power dulu! so guna SUDO mesti mau masuk paswed kan? haaaa sekali lagi, type paswed tu dalam chromium tadi dan tekan enter, kemudian copy paste.

got r00t gotit all!! tak pernah lagi perasaan r00ting own machine jadi se-pleasure nih seriusli!

lepas tu buatla apa yang patut skarang the whole thing dah recover, semua OK!

tahniah buat diri sendiri sebab berjaya mess up sampai buruk pekak dan bisu!

its a long and windy process. kalau jumpa liveCD tu haritu,mungkin da fomat balik dah ni. hah tahun ni belum format lagi,tahun lepas? skali dua je kot. tahun lepas lepas? harap harap taklebih 10 kali!

mari belajar memainkan alat muzik!

ok u read it right, read it twice kalau susah sangat nak percaya. haha. hey post ni tiada kaitan dengan AJL25 lagi lah!

saya bukan musician. tapi ada impian nak main piano keyboard! kalau band band kan selalunya awek yang jadik keyboardist, plus lebih multifunctioned lah rasenye keyboard kalau nak dibandingkan dengan drumset ke, guitar ke, angklung ke, biola ke, trumpet ke.

tapi saya memang tak tau main! bayangkan kecik kecik dulu berapa tahun saya ambik nak main lagu Are You Sleeping Brother John tu? darjah 3 kot baru complete! sigh~ i'm no prodigy.. lagu tu berapa baris je, nak figure the right keys tu punyela payah. nak kena tune dengan suara sendiri lagi. haha! bile dah besar sikit jumpa notes yang betul, senang je padahal! haha. yela dulu mana ada reti nak google google lagi, takat buku teks muzik dengan plastik jajan double decker je la, lol~!

untuk lebih ridiculous kan, mende mende yang patut letak dalam wishlist ni, buleh la kan kita integrate dengan hantaran list nanti bila kawen.

so dear my future suami, rucksack 65L satu, keyboard satu, bodi full frame satu. takkan u nak berkira sangat kan? nanti i mainkan lagu best best boleh dedicate dekat u, buat lullaby sket, ekeke romentik la tu kan!

Wednesday, January 12, 2011

fahionable lady w/ tudung macam Yuna kat AJL25 especially

so i've just back from bloghopping.
i met ladies with a ( sometimes, heavy) fashion sense and tudung. heavy? berbelit belit macam biasa, frills dekat seluar baju lagi, dan color combinations lagi! kalau anak tudung dah pelangi-tiga-lapis, baju pula inner atau cardi agak perlu.. dont let me continue with the footwear department lahh... fuhh.. but u got me kan? walaupun ada jugak la pieces yg agak out tp overall sangat mengujakan! being normal macam remaja lain and, bertudung as an added advantage. pastu aurat lain pun samala takmau ketat jarang singkat semua, kan senonoh tu. barula bole jadi good-wife-to-be! hee >_<

while myself being much far away from the in's ni, rasa jugak nak try hang out with the girls, menuntut ilmu spot n shop (bcause i rarely do! payah betul nak berkenan sesuatu sudahnye tak beli apa) and of course, cara bertudung yg neat dan elegan. haha rasa je la.. penuhkan fesbuk ngan gambo gurlish gurlish gitu

can u imagine, down ke tak kalau org yg barely kenal kite describe kite as 'macam takreti pakai tudung sangat as if baru belajar je' oh oh oh dan ohhh... begitulah selekehnya saya, nur kat wajah pun suram kot.. ohhh

jadi dengan harapan semangat berfesyen pakai baju cantek dan tudung ada style, proses menjaga aurat tu jadi lebih fun n seterusnya... konsisten?


mesti rasa nak usha sama kan?
 http://peliks.blogspot.com/
 http://petisuaraku.blogspot.com/
dah. dua tu cukup la to start with.
pastu memang menerawang lah kalian ke dunia mereka mereka :)



saja nak try tampal.. pic kredit dekat ikmal, recomposed version, hee
taun lepas masa pegi broga hill!

Thursday, January 6, 2011

biasalah orang perempuan

kalau nama puasa bulan ramadhan payah nak dapat penuh. maka sepanjang tahun dapat diperhatikan para perempuan sama ada gigih puasa seawal tibanya syawal atau merangkak bawak ke syaaban sekalipun.

satu lagi kekurangan duit juga pencetus kepada kepuasaan. bagus la tu. kalau tak kena paksa macam tu bawak ke syaaban jugak la karang. kalau dah habis pun tak salah puasa sunat bila bila hari yang tak haram

tapi aspek aku puasa kali ni ialah masuk hutan. kekurangan bajet membuatkan aku lebih seronok berebut remote menonton tivi sahaja di rumah. ternak lemak sekali.

satu bulan satu trip saje, itupun wiken2 non komersial trip saje. oh ya kalau perlukan krew lebih dan menjanjikan pulangan setimpal juga lagi lah aku alu alukan. aku sort of said to myself, cuma g7 je kne rasa penat lelah sendiri dan penat lelah poket sendiri. yang bebila masa aku boleh claim taruk ammedment pulak later on ikut convenience. iklan lebih plak.

biasalah orang perempuan. lalang!